Siakap Keli

(Video)Tiba-Tiba Bunyi Meletup, Dipercayai Kanak-Kanak Gaza Tengah Buat Video Youtube Cemas Bertempiaran Lari

Satu video yang tersebar di Internet memaparkan 3 orang kanak-kanak sedang merakamkan video di Youtube berlari ketakutan selepas terdengar bunyi letupan dikatakan serangan udara dipercayai di Gaza menjadi tular di media sosial.

Walaupun video tersebut tidak menunjukkan tentang kesan kemusnahan yang dipercayai hasil daripada serangan udara itu, namun ianya sudah cukup untuk memberitahu pada kita semua bahawa nikmat ketenteraman dan kedamaian yang ada di negara kita pada hari ini perlu sentiasa disyukuri.

Netizen-netizen di media sosial juga turut tidak terlepas daripada melahirkan rasa sedih atas penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin pada ketika ini.

Tak dapat tahan sebak

Tak terbayang perasaan kanak-kanak ini

Sangat memilukan

Luluh hati saya tengok ketakutan kanak-kanak ni

Tak terbayang penderitaan kanak-kanak ni

Sedih bila melihat kanak-kanak yang sepatutnya melalui zaman kanak-kanak mereka dengan penuh keriangan tidak dapat menikmatinya seperti yang dilalui kebanyakan daripada kita.

Marilah kita terus berdoa agar Allah S.W.T dapat meringankan beban serta penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.