Siakap Keli
Kredit Foto: BBC, newsasia

Abadikan Hidup Untuk Mangsa Perang Afghanistan, Doktor Jepun Terkorban Jadi Mangsa Serangan Tembakan

Seorang doktor dari Jepun yang telah mendedikasikan sepanjang kerjayanya untuk membantu orang-orang miskin di Afghanistan adalah antara enam yang terkorban dalam serangan di timur negara berkenaan pada Rabu, 4 Disember.

Kesan pecah pada bahagian cermin kenderaan yang dinaiki Tetsu Nakamura (Kredit Foto: BBC)

Serang bersenjata di bandar Jalalabad di ibu kota wilayah Nangarhar adalah serangan kedua yang menyebabkan kematian yang melibatkan pekerja bantuan telah menerima reaksi mengejutkan di Afghanistan dan antarabangsa.

Tetsu Nakamura, 73 merupakan Ketua Perkhidmatan Perubatan Jepun telah mula berkhidmat sekitar tahun 1980-an dengan merawat pesakit kusta di Peshawar, Pakistan.

Kredit Foto: BBC

Menurut jurucakap Sediq Seddiqi, Nakamura telah mendedikasikan hidupnya untuk membantu dan bekerjasama dengan semua orang.

Gabenor Nangarhar, Attaullah Khogyani berkata Nakamura telah ditembak di bahagian dadanya telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital di Bagram berhampiran Kabul.

Tiga pengawal keselamatan serta seorang pemandu dan rakannya merupakan lima yang terkorban dalam serangan tersebut.

Menurut Mitsuji Fukumoto, seorang pegawai di organisasi Nakamura memberitahu pemberita di Tokyo bahawa motif serangan tersebut tidak jelas.

Sumber: channelnewsasia

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.