Siakap Keli

Dua Maut, Seorang Cedera Insiden Tembak Rambang Di Pearl Harbor

Seorang lelaki dipercayai Tentera Laut Amerika Syarikat telah melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan dua orang mati dan seorang lagi cedera.

Kejadian berlaku pada rabu semalam di pangkalan tentera bersejarah, Pearl Harbor, Hawaii,  itu juga menyaksikan suspek menembak dirinya sendiri.

Menerusi Twitter Joint Base Pearl Harbor-Hickam, mereka mengesahkan bahawa penembak merupakan seorang tentera laut Amerika Syarikat.

Seorang saksi berkata bahawa beliau sedang berada di mejanya. Dia terkejut setelah mendengar bunyi tembakan dan melihat tiga orang mangsa sedang terbaring.

Kejadian tembakan itu masih lagi disiasat oleh pihak keselamatan dan Tentera Laut Udara Amerika Syarikat. Nama-nama mangsa tidak akan diumumkan kepada orang ramai sehingga diberitahu kepada saudara terdekat.

Sumber: CNBC

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.