Siakap Keli
Gambar: Astro Awani, Team Malaysia

”Macam Takdak Apa-Apa”, 6 Jam Tak Sedarkan Diri, Pesilat Negara ‘Turun’ Gelanggang Semula Selepas “Discharge” Awal

Insiden pesilat negara disepak di bahagian muka oleh pesilat tuan rumah Filipina tempoh hari sememangnya akan terpahat di ingatan penyokong-penyokong pasukan Malaysia dalam perjuangan pasukan silat negara di Sukan SEA 2019.

Dalam perlawanan tersebut, Muhammad Faizul Nasir yang mewakili negara telah ditewaskan oleh pesilat tuan rumah Dines Dumaan pada pusingan awal Kelas Putra B (50- 55kg).

Muhammad Faizul didakwa tidak sedarkan diri selepas perlawanan tersebut ditamatkan dan segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Walaupun selama 6 jam dia didakwa tidak sedarkan diri, dia terus datang ke ‘venue’ acara silat selepas dapat keluar dari hospital dengan lebih awal bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakan-rakannya dalam mengharumkan nama negara.

Kecekalan serta ketabahan pesilat negara ini wajar dicontohi oleh kita semua dalam menempuhi dugaan serta cabaran dalam kehidupan seharian.

Sungguhpun Muhammad Faizul Nasir gagal untuk menyumbang pingat buat kontinjen negara, namun ianya bukanlah pengakhiran yang muktamad baginya serta pasukan silat negara dalam memburu kemenangan di pertandingan yang akan datang.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right