Misi memindahkan jongkong emas yang bernilai 4 billion pound (RM21.87 bilion) yang disembunyikan di London semasa perang Dunia Kedua telah berjaya dilakukan secara rahsia.
8000 bar Jongkong emas yang seberat 100 tan telah berjaya dipindahkan secara rahsia dengan menggunakan pesawat, helikopter, lori dan pasukan khas polis.
Menurut Bloomberg, jongkong emas ini dibawa pulang adalah untuk memantapkan kekuatan ekonomi Poland.

Jongkong emas ini telah disimpan di Bank Negara England sejak Perang Dunia Kedua kerana dibimbangi akan jatuh ke tangan Nazi.
Dalam perjalanan terakhir yang dibuat pada 22 November, lori yang membawa 20 peti yang dipenuhi dengan jongkong emas tersebut telah dipindahkan dari lokasi rahsia di Barat Laut London ke sebuah lapangan terbang.
Diiringi oleh beberapa polis pengiring beserta helikopter, jongkong emas tersebut telah dibawa menggunakan Boieng 737 ke dua lokasi rahsia di Poland.
Peti jongkong emas tersebut dimuatkan ke dalam tiga trak perisai sebelum dibawa ke Bank Negara Poland.
Menurut pengurus besar G4si, Paul Holt berkata” misi ini sangat penting dan perlu dirahsiakan, ianya perlu dilakukan dengan teliti”.
Jongkong emas tersebut telah berjaya dipindahkan dan berada dibawah kawalan yang rapi.
Sumber: Mirror.uk