Siakap Keli
Kredit: Google

Pekerja Pakat Dengan Rakan Curi Duit Majikan RM10,000

BUKIT MERTAJAM, 5 Dis (Bernama) — Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit melarikan wang RM10,000 dari sebuah kereta BMW milik seorang peniaga di kawasan parkir sebuah flat di Jalan Permatang Batu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 19 dan 28 tahun itu ditahan sekitar sini susulan laporan polis yang dibuat peniaga itu, selepas mendapati cermin kenderaannya dipecahkan, manakala beg yang mengandungi wang serta beberapa dokumen hilang pada kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Beliau berkata susulan risikan polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang merupakan pekerja peniaga itu pada kira-kira pukul 4.00 petang di Bukit Mertajam, dan selepas disoal siasat, dia kemudiannya mengaku berpakat dengan dua lagi rakan lelakinya untuk melarikan wang itu.

“Susulan itu, polis menahan dua lelaki berumur 19 dan 28 tahun di Bukit Mertajam pukul 9.00 malam tadi dan polis merampas wang tunai RM2,300 daripada mereka. Salah seorang daripada suspek telah memasukkan duit sebanyak RM4,600 ke dalam akaun adiknya,” katanya di sini hari ini.

“Tiga lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.