Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Penceramah Terkenal Ustaz Abdul Somad, Isteri Sah Bercerai

Penceramah terkenal Indonesia dan Malaysia, Ustaz Abdul Somad sah bercerai dengan isterinya, Melly Juniarti yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah Indonesia.

Isu penceraian ini menjadi tanda tanya sekaligus mengejutkan para pengikutnya. Pasangan tersebut dikatakan melangsungkan perkahwinan pada 2012 lalu hanya diwakili oleh peguam masing-masing.

Mahkamah Syariah Bangkinang telah menfailkan penceraian yang dimohon oleh penceramah tersebut sejak bulan Julai lepas.

“Ya, mahkamah telah membaca keputusan tersebut namun kehadiran saya agak terlewat dari masa yang ditetapkan,” kata bekas isteri penceramah itu.

Tambahnya lagi, segala isu mengenai penceraian, tanyalah kepada Ustaz Abdul Somad sendiri kerana dia yang mohon penceraian ini.

 

Sumber: Tribunnews

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Nur Farra