Siakap Keli
Kredit: Kanda Azizul Khamis

Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka, Nassier Wahab Meninggal Dunia

Penyanyi terkenal yang mula naik pada tahun 1980-an, Dato’ Hj. Mohd Nasir bin Abd. Wahab atau lebih popular dengan nama Nassier Wahab telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi pada pukul 12.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada usia 57 tahun.

Hal ini telah dikongsikan oleh rakan bidang seni, Fauziah Ahmad Daud, Ezzad Lazim dan beberapa kenalan lain di akaun media sosial mereka.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Damai, Tenang, Bahagialah Kamu di sisi ya Khaliq sahabatku. Almarhum Dato Haji Nassier Wahab..
Al Fatihah Buat Mu Sahabatku.. Takziah Buat Keluarga Almarhum.

Sebelum ini, beliau pernah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan akibat barah yang dialaminya.

Ya Allah.. Innalillahwainahilahirojiun.. Moga roh nya ditempatkan bersama orang-orang yang solihin. Manusia yang saya anggap amat positif… Sentiasa memberikan semangat dan inspirasi pada saya. Saya masih ingat Abang Nassier datang melawat saya ketika saya sakit dahulu.

Dia banyak memberikan kata kata semangat untuk saya. Namun Allah lebih menyayanginya. Sedih dan terharu saya dengan pemergiannya.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah. Turut berdukacita atas pemergiannya..

View this post on Instagram

Ya Allah..innalillahwainahilahirojiun…….moga roh nya ditempatkan bersama orang orang yang solihin… manusia yang saya anggap amat positif…sentiasa memberikan semangat dan inspirasi pada saya…saya masih ingat abang nassier datang melawat saya ketika saya sakit dahulu…dia banyak memberikan kata kata semangat untuk saya…namun Allah lebih menyayanginya……sedih dan terharu saya dengan pemergiannya…… Mari kita sedekahkan al fatihah ….turut berdukacita atas pemergiannya….. @ezadzeanaventures @ezadlazim_fans @ezadlazim_fansutara @ezadlazimlovers @1unitedteam @ezadlazim_supporters @ezadlazimlovers_sg @ezadlazim_zeanaramlisupporterz @ezadzeana_forever @ezadzeana_supporters  @sobijak_school_wear  @ezamani_official @ezadlazimlovers_indonesia

A post shared by mohd rohaizad mohamad lazim (@ezadlazim) on

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dia, lindungilah dia dan maafkanlah dia.

Sumber: Fauziah Ahmad Daud, Kanda Azizul Khamis

Amira

Love yourself.