Siakap Keli

“Saya Turun Pukul 7.10 Takde Siapa,” Persandingan Pengantin ‘Dirosakkan’ Gara-Gara Acara Larian

Mengadakan majlis perkahwinan yang meriah dan dihadiri oleh ramai orang boleh dikatakan sebagai impian bagi kebanyakan pasangan. Namun, malang bagi pasangan di Singapura ini apabila dewan yang dihias indah tiada tetamu.

Kisah itu dikongsikan melalui Facebook pengantin berkenaan yang mendakwa bahawa majlis perkahwinannya tidak dihadiri hampir kesemua tetamu yang dijemput

Pasangan tersebut telah menjangkakan sekitar 350 tetamu yang bakal hadir, namun sedih menyelubungi diri apabila melangkah masuk ke dalam dewan tanpa hadirin.

“Saya turun pada pukul 7.10 malam dan tiada sesiapa di kawasan cocktail”

Menurut laporan media tempatan, perkara sedemikian berlaku ekoran daripada kesesakan lalu lintas yang menyebabkan hadirin yang sepatutnya hadir terperangkap di atas jalan raya.

Pada masa yang sama, satu acara larian telah diadakan dan menyebabkan beberapa jalan ditutup. Lebih merumitkan, tiada jalan alternatif untuk ke hotel tersebut dan telah menyebabkan pada hadirin lewat tiba di majlis tersebut.

Lebih menyedihkan bagi pengantin perempuan kerana dikatakan dia telah membuat persediaan bagi majlis tersebut selama tempoh setahun. Menurut pengantin lelaki, isterinya telah bertungkus lumus membuat senarai pendek, menghubungi kesemua vendor untuk menjayakan majlis tersebut. Ini termasuklah videographers, jurugambar dan wedding planner.

Bukan sahaja hadirin yang tidak dapat dilihat pada majlis tersebut, malah ahli keluarga termasuklah ibu bapa pengantin turut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas itu selama tiga jam.

Namun, setelah beberapa ketika, tetamu mula memenuhi ruangan dewan bagi meraikan pasangan tersebut. Menurut vendor yang dipertanggungjawabkan, hadirin boleh menikmati juadah bermula jam 9 malam.

Pihak pengurusan telah memanjangkan waktu operasi untuk memberi peluang kepada majlis berkenaan dilaksanakan. Kalau diikutkan, petugas perlu membersihkan dewan tersebut bermula dari jam 10.30 malam.

Namun, disebabkan majlis itu yang dimulakan lewat, ia akhirnya ditamatkan pada pukul 11.45 malam dan petugas perlu menunggu sehingga habis untuk membersihkannya.

Walau bagaimanapun, dia menyatakan kelegaan apabila majlis tersebut telah berakhir dengan baik dan tidak menyalahkan mana-mana pihak ekoran kejadian berkenaan.

Sumber: Mothership

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra