Siakap Keli

Selepas Beberapa Hari ‘Hilang’, ‘Game’ Pou Kembali Semula Di Google Play Store

Bagi pengguna telefon pintar, anda pasti pernah memuat turun permainan Pou yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga Pou tersebut.

Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial apabila permainan tersebut tiba-tiba ‘hilang’ daripada Google Playstore namun tidak lama selepas itu ia muncul kembali dan melegakan orang ramai yang meminati permainan tersebut.

Permainan lagenda dan comel itu telah dipadam dari Google Playstore pada awal Disember lalu dan kembali beberapa hari selepas itu.

Seorang pengguna twitter, Ezwad Hassan, memuatnaik satu kiriman yang memberitahu orang ramai bahawa permainan pou tersebut telah dipadam daripada Google Playstore namun tidak lama selepas itu lega bahawa permainan itu kembali ada.

Rata-rata warganet juga memberikan pelbagai reaksi kelakar terhadap ‘kehilangan’ permainan itu tetapi lega selepas ia kembali semula.

https://platform.twitter.com/widgets.js

https://platform.twitter.com/widgets.js

Permainan itu ‘hilang’ untuk beberapa hari dan kembali semula pada pagi ini. Ia mungkin disebabkan pemaju permainan itu atau Google Playstore sendiri yang ‘tersilap pandang’.

https://platform.twitter.com/widgets.js

https://platform.twitter.com/widgets.js

Banyak spekulasi mengenai permainan ini namun masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak developer permainan sendiri.

Permainan Pou telah dikeluarkan secara rasmi kepada umum pada 5 Ogos 2012 dan telah dimuat turun oleh hampir 500 juta orang di seluruh dunia.

Sumber: Ezwad Hassan, Tribun News

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra