Siakap Keli

Suami Suluh Api Ke Muka Isteri Gara-Gara Lupa Beli Rokok

Seorang wanita mengalami kecacatan kekal apabila suaminya telah bertindak menyuluh api kewajah isterinya hingga terbakar gara-gara lupa membeli rokok yang dipesannya.

Ketika ditemu bual oleh stesen televisyen berkaitan isu tersebut, wanita itu yang masih dalam keadaan trauma menceritakan saat dia ‘dibakar’ oleh suaminya.

“Semasa hari kejadian, semuanya dalam keadaan normal dan tiada pergaduhan antara kami sehingga dia meminta saya untuk membelikannya bir.

Apabila tiba di rumah, saya nampak kawannya datang ke rumah dan minum wain bersamanya” katanya.

Namun dia bertindak memarahi dan menengking isterinya itu apabila lupa untuk membeli rokok.

Suspek lantas bertindak menyimbah cecair petrol dan menyalakan api ke muka isterinya itu.

Dalam kejadian tersebut, wanita itu cuba untuk memadamkan api pada wajahnya dengan menggunakan baju sejuk sebelum meminta bantuan ibunya untuk datang menyelamatkan.

Sumber: Daily Star

Zetty Amelia

Nur Farra