Siakap Keli
Fot: Twitter Syedshedott

Tak Sengaja Terpecahkan ‘Side Mirror’, Lelaki Tinggal Duit, Titip Pesan Mohon Maaf

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi esok lusa. Kita sebagai manusia perlu sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti insan lain.

Pun begitu, dalam berwaspada pasti akan ada situasi atau insiden yang terjadi tanpa sengaja.

Perkongsian Syedshedott melalui laman Twitter miliknya berkongsi ciapan berserta gambar di mana dia tidak sengaja terpecahkan ‘side mirror’ motorsikal orang lain.

Menurutnya, motorsikal itu dalam posisi ‘double stand’, dan dia dalam keadaan tergesa-gesa untuk menghadiri temujanji.

Motor tengah double stand saya turunkan motor then terkena dekat side mirror moto sebelah. Masa tu dah kelam kabut sbb saya dah lambat nak pegi interview kerja. Tu yang gelabah sikit.

At first memang dah nak lari dah , taknak buat apa tapi bila fikir balik tak baik buat macamtu so saya koyakkan photostat ic saya sbb masatu memang dah takde kertas so terpaksa ah , then saya tulis lah notes tu selit RM 20.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah sepucuk surat yang ditulisnya sebagai permohonan maaf kepada pemilik kenderaan tersebut. Katanya semasa di hubungi, sehingga sekarang pemilik motorsikal tersebut tidak diketahuinya.

Surat itu berbunyi;

Assalamualaikum/Selamat malam

Mintak maaf awak, saya terpatahkan ‘side mirror’ awak. Saya harap awka maafkan saya. Sya tinggalkan RM 20 swebagai ganti rugi. Sorry kalau tak cukup.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tertarik dengan sifat ikhlas serta tulisannya yang ditinggalkan.

Nasib bukan aku owner motor tu

Lawa tulisan tu

Tulisan perempuan do haha

Sumber: Syedshedott

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Nur Farra