Siakap Keli
Foto: Bernama

Tiada Helikopter Terhempas Di Gopeng

IPOH, 5 Dis – Polis mengesahkan tiada kejadian helikopter terhempas di Kampung Ulu Jelintoh, Gopeng dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim menerusi satu kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan perkara itu daripada seorang lelaki Orang Asli di kawasan berkenaan pada pukul 10.50 pagi ini.

Katanya, pemerhatian di lokasi serta semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tiada kejadian itu berlaku di lokasi terbabit.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata pihaknya turut menerima panggilan daripada masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan.

“Pihak bomba belum dapat mengesahkan kejadian itu berikutan maklumat adalah samar tetapi pihak bomba akan terus membuat penilaian,” katanya.

Dakwaan mengenai sebuah helikopter terbakar dan terhempas di kawasan pergunungan di Ulu Jelintoh , Gopeng pagi ini tular menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang