Siakap Keli

“Titah Diraja Tak Wajib Dilaksana”, Komen Tak Sensitif Individu Buat Ramai Marah

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan laman Twitter yang mendapat perhatian ramai. Pun begitu, terdapat juga segelintir warga Twitter yang menurunkan komen tak sensitif terhadap ‘tweet’ Raja Permaisuri Agong.

Pelbagai reaksi balas yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap setiap perkongsian yang dibuat oleh Permaisuri Agong di dalam laman Twitter miliknya. Namun, semalam perkongsian Tuanku Permaisuri Agong tiba-tiba menjadi kecoh ekoran daripada satu reaksi balas yang dibuat oleh seorang individu menerusi laman Twitter miliknya.

Sebelumnya, Tuanku Permaisuri Agong memuat naik ciapan dengan mengesyorkan kerajaan Malaysia untuk mewajibkan semua rakyat Malaysia bersekolah sehingga tingkatan 5. Cadangan itu juga adalah untuk membasmi kemiskinan dan juga perkahwinan di usia muda di Malaysia.

Komen tak sensitif

Ciapan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh Raja Permaisuri Agong.

Namun, terdapat satu reaksi balas yang kurang senang daripada seorang pengguna Twitter. Dakwanya, Raja Permaisuri Agong tidak mempunyai hak untuk menitahkan sebarang perubahan. Tambahnya lagi, negara ini bukanlah negara Monarki yang membolehkan raja untuk campur tangan dalam urusan pendidikan umumnya.

“Agak lucu. Titah diraja tak wajib dilaksanakan, apatah lagi daripada permaisuri yang tak ada kuasa dalam sistem beraja (no offense, ampun tuanku). Kita bukan negara monarki, kita negara raja berpelembagaan. Raja-raja ada had kuasa, dan pendidikan bukan bawah bidang tuanku raja”

Dapat reaksi balas Raja Permaisuri Agong

Reaksi balas tersebut nyata tidak disenangi oleh rata-rata netizen yang mendakwa individu tersebut tidak mempunyai adab ketika berkomunikasi dengan Raja Permaisuri Agong. Malah, komen tersebut juga telah mendapat reaksi balas oleh Raja Permaisuri Agong.

Menurut Tunku Azizah, ciapan tersebut hanya untuk menyesorkan dan bukan membuat sebarang titah. Ianya juga adalah untuk kebaikan kepada ramai orang.

Pemilik akaun Twitter tersebut kemudiannya meminta maaf kepada Tunku Azizah dan menyatakan bahawa dia tiada niat untuk mengguris hati dan perasaan tuanku.

Menerusi ciapan tersebut, rata-rata warga Twitter tidak bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh individu terbabit. Ada yang memintanya agar menjaga bahasa dan adab setiap kali bertutur dengan Raja Permaisuri Agong.

“Rakyat bernama ***** kurang bijak bila bersuara & langsung tidak menoleh dengan siapa beliau mengeluarkan kenyataan”

“Queen nak yang terbaik untuk generasi akan datang dan hanya memberi ulasan yang bernas”

“Tuanku bukan keluarkan arahan, tetapi Tuanku memberikan pandangan dan pendapat”

“Siapa awak nak bercakap macam tu dengan permaisuri”

Sumber: @cheminahsayang

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra