Siakap Keli
Kredit: Puja TV Aceh

(Video) Setiap Hari Menanti Dipantai, Kisah Ibu Tua Setia Tunggu Anaknya ‘Tenggelam’ Dilaut Kembali

Seorang ibu tua di Aceh menyentuh hati orang ramai apabila setia menanti si anak setiap hari di tepi pantai mengharapkan anaknya yang hanyut kembali pulang.

Sejak siang hingga malam, si ibu menatap Pantai Ujong Batee Lhokseumawe yang luas tanpa jemu walau angin laut cukup kuat menerpa tubuh tuanya.

Anak yang dinantinya, Sadikul Akbar, 16, dikhabarkan lemas di pantai tersebut sejak 26 November dan belum ditemui sehingga 30 November lalu.

(Ibu Setia Menanti Anak Di Pantai) pasukan penyelamat mencari mangsa yang lemas
Pasukan penyelamat mencari mangsa yang lemas di lautan. (Kredit: Tribun News)

Pelajar SMA Negeri 5 Lhokseumawe itu akhirnya ditemui pada 1 Disember baru-baru ini dalam keadaan tidak bernyawa.

Mangsa yang meninggal dunia ditemui terapung dibawa ombak oleh nelayan yang menangkap ikan satu batu dari pantai berkenaan.

Penemuan mangsa menjawab penantian ibu tua yang setia menanti kepulangan si anak setiap hari di pantai berkenaan.

“Mungkin pergi melihat-lihat, mungkin kita tidak tahu keajaiban tuhan, mungkin ada dia di sini.

“Diambil kalau masih hidup, kalau sudah tidak hidup dipulangkan juga jenazahnya,” kata wanita berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=lgXQNtI5Vsk

Sumber: Suara.com

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.