Siakap Keli

(Video) Undian Gol Safawi Ketinggalan Jauh, Khalilzadeh Jadi Saingan

Seperti sedia maklum, jaringan Safawi Rasid telah tercalon dalam senarai 10 gol terbaik bagi saingan AFC Champions League 2019. Jaringan yang telah memukau penonton dari seluruh dunia itu sekarang ini berada di tangga kedua bagi keseluruhan keputusan undian.

Jika sebelum ini dilaporkan jaringan Safawi bersaing hebat dengan jaringan Khalilzadeh, namun sekarang lain pula situasinya. Perkara ini adalah kerana undian bagi jaringan Khalilzadeh jauh meninggalkan jaringan Safawi di tempat kedua.

Mengikut data semasa, Khalilzadeh yang berada di tempat pertama meraih 2086030 undian berbanding Safawi Rasid yang hanya meraih 1482620 undian. Perbezaan undian bagi kedua-dua pemain ini ialah sebanyak 17%.

Diharapkan, seluruh rakyat Malaysia untuk mengundi jaringan Safawi Rasid agar dapat memintas ke tempat pertama dan meraih anugerah tersebut.

Pengundian jaringan Safawi boleh dibuat menerusi link AFC untuk memastikan anugerah tersebut dimenangi oleh pemain tunggal dari Malaysia itu.

Sumber: AFC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra