Siakap Keli

5 ‘Auta’ Pekerja Malaysia Nak Dapat Surat MC Buat Doktor Ini Geram

Terdapat banyak kes tipu mengenai Medical Sickness Certificate atau lebih mesra dikenali dengan M.C. Seorang doktor telah memuat naik satu kiriman tentang ragam serta karenah pesakit yang terpaksa dihadapi oleh doktor semata-mata ingin mendapatkan MC.

Rata-rata pesakit yang datang ke klinik atau pusat perubatan sudah menghajatkan MC itu sejak dari mula.

“Aku datang berhajatkan MC”

Ubat ini yang paling berkesan sebenarnya. Sebaik sahaja pesakit mendapatkan MC, dia akan keluar dengan langakah yang ringan dan muka yang penuh dengan senyuman.

Selain itu, jika pesakit tidak mendapat MC, mulalah rasa kecewa dan sakit hati itu timbul, ada juga yang sanggup pergi ke klinik lain semata-mata demi sebuah MC.

Dikalangan doktor, terdapat satu istilah ‘MC Seeker’. Walaupun istilah sebegini tidak berapa elok digunakan kerana nampak seperti doktor tersebut melabel pesakit mereka. Namun begitulah hakikat dan realiti yang terpaksa dihadapi oleh seorang doktor.

1. Macam-macam ada

Seorang doktor akan bertanyakan soalan-soalan tentang penyakit, dan soalan yang ditanya itu seringkali berkaitan. Hal ini kerana, mudah untuk doktor mengetahui sejarah pesakit sekaligus mengaitkan denagn dianogsis tertentu.

2. Tak Mahu Prosedur

Kebiasaannya pesakit MC Seeker datang dengan tujuan dan niat untuk mengambil MC. Jadi pesakit ini akan menolak prosedur dengan memberikan pelbagai alasan.

3. Bawak Bodyguard

Jenis ini lah yang paling mencabar bagi seorang doktor. Golongan ini akan berpakat dengan peneman. Contoh ayat peneman jika doktor tidak memberi MC ialah,

“Punya tak larat dia kat rumah saya tengok, doktor kata tak boleh Mc ?”

4. Bos Suruh Mintak

MC Seeker jenis ini selalu meletakkan doktor dalam keadaan serba salah.

Sebenarnya, dalam mana-mana pekerjaan sama ada swasta atau kerajaan, soal cuti adalah antara majikan dan pekerja semata-mata. Ia tiada kena mengena langsung denagn doktor.

Doktor memberi MC atas faktor kesihatan pesakit, bukannya faktor berapa baki cutiĀ  rehat anda.

5. Pelakon Terhebat

Terdapat sesetengah klinik yang dilengkapi dengan CCTV yang mana seorang doktor boleh memerhati gerak geri pesakit di ruangan menunggu.

Apabila sedang menunggu pesakit jenis ini elok sahaja bermain telefon, kemudian apabila tiba gilirannya tiba-tiba sahaja batuknya mengalahkan orang asma.

Urusan yang melibatkan cuti ini adalah antara pekerja dan majikan itu sendiri malah doktor sendiri pun walaupun dengan MC, tetap datang bertugas jika terpaksa oncall.

Sumber : Maukerja, Mohd Syamirulah Rahim

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)