Siakap Keli
Gambar: Coconut

Bapa Meninggal Beberapa Jam Sebelum Misi Raih Emas Sukan SEA, Edgar ‘Sarungkan’ Pingat Pada Jenazah

Cabaran Sukan Sea 2019 yang diadakan di Filipina sememangnya menjadi medium para atlet untuk meraih pingat dan kemenangan pada negara.

Begitu juga bagi seorang atlet dari Indonesia, Edgar Marvelo yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam acara Wushu. Namun, kejayaannya itu tidak berpanjangan ekoran berita kematian ayahnya.

Dikhabarkan menerusi halaman Facebook 2019 SEA Games, bapa Edgar telah meninggal dunia beberapa jam sebelum bertarung di dalam satu perlawanan untuk meraih emas. Namun, atlet ini diberitahu tentang pemergian bapanya setelah tamat perlawanan.

Setelah mendapat tahu khabar sedih berkenaan, Edgar terus menguruskan penerbangannya pulang ke Indonesia bagi menghadiri majlis pengebumian bapanya.

Namun, apa yang lebih menyayat hati apabila Edgar meletakkan pingat emasnya di dalam keranda bapanya sebagai tanda dedikasi kemenangan.

“Akhirnya dapat berjumpa bapa saya, dan sekarang dia sedang memakai pingat saya”

Sememangnya memenangi pingat emas di temasya sukan peringkat antarabangsa merupakan kegembiraan untuk diraikan, namun bagi Edgar ia merupakan kesedihan yang berpanjangan setelah kematian bapanya.

Sumber: Coconut

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra