Siakap Keli

BMW Pula Yang Hargai, Azlan Shah Luah Rasa Kecewa Jadi Juara Asia Tiada Siapa Peduli

Sedang dunia sukan sedang sibuk bercerita tentang Sukan Sea Manila 2019, sehingga media terlupa meraikan jaguh pelumba motosikal negara, Azlan Shah Kamurazaman

Baru-baru ini, Azlan melakar sejarah yang membanggakan setelah berjaya meraih gelaran juara Asia kelas elit Superbike 1000cc Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) 2019.

Namun, pelumba ini meluahkan rasa kesal di laman media sosial miliknya menyatakan tiada liputan surat khabar yang menceritakan detik kemenangannya itu.

Tambahnya lagi, beliau juga seorang atlet yang mengharumkan nama negara ke persada dunia namun sambutan terhadap kemenangan beliau sangat mendukacitakan.

Tujuan beliau memuatnaik kiriman itu bukan kerana mahukan dirinya terkenal tapi hanya mahu meluahkan rasa kesal dan kecewa.

Azlan Shah Kamaruzaman  telah berangkat ke Jerman untuk menerima pengiktirafan daripada BMW Motorrad atas kejayaannya tempoh hari.

Azlan mewakili pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team bagi musim 2019 dan berjaya merangkul gelaran juara kesulurah dalam kejohanan tersebut. Azlan pernah memenangi juara keseluruhan dalam kejohanan yang sama dalam kategori SuperSports 600cc (4-stroke) pada tahun 2017.

Kejayaan Azlan Shah Kamurazaman ini seharusnya menjadi contoh kepada anak-anak muda yang berminat dalam sukan permotoran ini untuk mereka berlumba dengan cara yang betul dan selamat sehingga boleh mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Sumber : Twitter,

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)