Siakap Keli

Demam Campak Ragut Nyawa Lebih 60 Kanak-Kanak Di Samoa

Bilangan kanak-kanak yang kehilangan nyawa akibat campak meningkat di Samoa.

Elsie, seorang ibu turut sedih kerana terpaksa kehilangan anak perempuannya disebabkan wabak campak ini.

Sejak Oktober, lebih 60 orang kanak-kanak meninggal. Kebanyakan daripada mereka berusia bawah dari 4 tahun.

Di negara yang seramai 200,000 penduduk itu sudah terdapat 4000 kes yang melibatkan campak.

Perdana menteri Samoa menyatakan hanya vaksin yang boleh menyelesaikan perkara ini.

Para pegawai mengarahkan semua perniagaan, perkhidmatan pemerintah tidak penting dan perkhidmatan feri antara pulau untuk tutup.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak keluar rumah dan menggantungkan  bendera merah di luar tempat tinggal jika mereka memerlukan suntikan vaksin.

Sumber : ajplus

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)