Siakap Keli
Kredit Foto: CNN

Dipercayai Perjalanan Terjauh Pernah Direkodkan, Harimau Ini Berjalan Beribu KM Cari Pasangan Hidup

Seekor harimau di New Delhi telah melakukan pengembaraan sejauh 1300 KM dalam masa 5 bulan perjalanan yang dipercayai perjalanan paling panjang dicatatkan oleh harimau menurut penyelidik.

Harimau yang dikenali sebagai T1-C1 ini dipercayai berjalan sejauh itu untuk mencari pasangan hidup.

Sepanjang perjalanannya selama lima bulan itu, T1-C1 telah merentas di kawasan hutan dan kawasan bandar sebelum ianya menetap di kawasan hutan semula jadi kembali.

T1-C1 berusia dua tahun setengah merupakan salah seekor daripada tiga anak yang dilahirkan oleh TWLS-T1 pada tahun 2016 yang lalu.

Ketiga-tiga anak harimau berkenaan telah dipasangkan kolar radio satelit pada bulan Febuari yang lalu sebagai sebahagian daripada kajian untuk memantau corak penyebaran harimau muda.

Kredit Foto: CNN

Harimau tersebut telah melintas diantara negeri Telangana selatan dan kembali beberapa kali ke Maharashtra.

TI-C1 kemudiannya menuju ke Tempat Perlindungan Hidupan Liar Dnyanganga di Maharashtra, kira-kira 300 kilometer dari tempat ianya memulakan perjalanan.

T1-C1 kini sedang dipantau oleh pegawai-pegawai di kawasan perlindungan Dnyanganga.

“Tingkah laku harimau tidak dapat diramalkan tetapi sehingga kini T1-C1 masih dapat menjejaki,” kata Vishal Mali, pegawai hutan bahagian di tempat kudus.

Kawasan ini mempunyai pelbagai sumber semula jadi dan mangsa yang cukup untuk harimau untuk bertahan dan mencari makanan sendiri.

Sumber: CNN

Siti Natrah Jusof

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.