Siakap Keli

“Aku Nak Belajar Agama, Bukan Jadi Umpatan Qariah,” Cerita Haze Nak Berubah Tapi ‘Dikeji’

Kehidupan ini tidak selalunya indah dan seperti yang kita inginkan. Menjadi seorang muslim, pasti banyak dugaan dan cabaran yang kita perlu tempuhi.

Walaupun terkadang mungkin kita tidak kuat untuk menempuhinya namun apabila adanya keyakinan dan kepercayaan kepada Allah, ia pasti akan menjadi mudah.

Sama juga dengan orang yang ingin kembali ke jalan Allah, mereka diuji dan orang sekeliling mereka juga akan diuji. Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai ruang dan peluang untuk sentiasa berubah menjadi lebih baik, segala pandangan serong dan sikap prejudis seharusnya dihapuskan.

Keadaan ini juga pernah dilalui oleh pengacara, Hazeman Huzir  atau Haze yang menceritakan kembali bagaimana perjalanan untuk menjadi muslim yang lebih baik mendapat pelbagai reaksi dan pandangan  dari sesetengah orang  sehingga memberikan kesan yang sangat mendalam kepadanya.

Sebab aku nak belajar balik agama, bukan hadir untuk jadi umpatan qariah

Ketahuilah, apa jua keadaan anda, Allah itu milik kita, apa jua keadaan kita: Tudung pendek? Nampak leher? Freehair? Pendosa?

https://platform.twitter.com/widgets.js

Setiap alim ada masa silamnya. Setiap pendosa ada masa depannya

https://platform.twitter.com/widgets.js

Kiriman yang dimuatnaik menerusi twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-ratanya  berterima kasih kepada Haze kerana telah memberikan kata-kata yang sangat bermakna dan mendoakannya sentiasa istiqamah dalam perubahannya.

https://platform.twitter.com/widgets.js

https://platform.twitter.com/widgets.js

https://platform.twitter.com/widgets.js

https://platform.twitter.com/widgets.js

https://platform.twitter.com/widgets.js

https://platform.twitter.com/widgets.js

Sumber: Hazeman Huzir

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra