Siakap Keli

KPM Siasat Video Tular Nyanyian Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin

Satu rakaman tular memaparkan pelajar sekolah di dalam sebuah kelas sedang menyanyikan lagu persis irama serta alunan lagu kebangsaan, Negaraku.

Walau bagaimanapun, kejadian ini mendapat perhatian ramai apabila lagu yang dikatakan lagu Negaraku itu dinyanyikan dalam bahasa cina.

Rakaman yang berdurasi 1:22 minit itu memperlihatkan beberapa orang murid sedang menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat.

Rakaman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada rata-rata netizen. Malah, ada yang mengaitkan dengan negara Singapura yang menyanyikan lagu kebangsaan mereka dalam bahasa Melayu.

“Tak boleh tukar bahasa lagu sesuka hati. Singapore pun nyanyi lagu kebangsaan dalam bahasa Melayu”

“Lagu Negaraku dalam Bahasa Melayu, tak perlu rasanya menyanyi dalam bahasa lain”

“Susah sangat ke nak berbahasa kebangsaan”

Di samping itu, Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Mazlee Malik menerusi laman Facebook telah berkongsikan kenyataan media mengenai isu ini.

Sumber: Dr Maszlee Malik / Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra