Siakap Keli
Kredit Foto: gdonline.com

Lelaki Penggal Kepala Wanita, Jadikan Otak Sebagai ‘Hidangan’ Makan Dengan Nasi

Seorang lelaki dilaporkan ditahan kerana memenggal kepala seorang wanita dan memakan otaknya dengan nasi pada Khamis semalam di daerah Misamis Oriental yang berada di utara Mindanao, Filipina.

Lelaki yang berusia 21 tahun itu menjadi suspek utama dalam pembunuhan tersebut yang memperlihatkan mangsanya adalah seorang wanita yang tidak dapat dikenalpasti identitinya.

Mayat wanita tanpa kepala dan kedua-dua tangannya diikat itu ditemui lebih kurang 4 kilometer daripada rumah suspek di Barangay Punta.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai melihat wanita itu di tanah perkuburan lalu memukul kepala mangsa dengan besi dan memenggal kepala dengan sebilah pisau.

Menurut ketua Polis Talisayan, Maribeth Ramoga, suspek juga berkata bahawa dia memakan otak mangsa kerana dia kelaparan dan menjadikannya sebagai ‘hidangan’ yang dimakan dengan nasi.

Suspek juga telah membuang tengkorak mangsa di dalam sebuah lubang yang berada tidak jauh dari rumahnya.

Hasil maklumat yang diperolehi daripada penduduk sekitar, suspek mungkin menghidap masalah mental.

Polis juga menemui pakaian yang mempunyai kesan darah dipercayai digunakan suspek untuk membawa kepala mangsa daripada tempat kejadian ke rumahnya.

Sumber:  Channel News Asia

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra