Siakap Keli
Foto: xda-developers

Dipuji Melambung Penggunanya, Apa Yang ‘Besar’ Sangat Dengan Telefon Murah Ini

Sebelum ini, rata-rata pengguna telefon pintar HONOR 8X memuji dan amat berpuas hati dengan prestasi telefon mereka itu, ada yang memuji GPU Turbo jika seorang gamers, bagi seorang yang suka mengambil video, mereka memuji kualiti video yang cantik dan cerah walau diambil pada waktu malam dan pelbagai lagi pujian diberikan kepada HONOR X series sebelum ini.

Kali ini, apa pula kesinambungan kehebatan yang bakal di bawa oleh HONOR 9X di mana pihak Honor menyatakan siri kali ini mereka akan tampil lebih hebat dan ‘besar’ dari siri HONOR X sebelum ini dengan harga amat murah berbanding jenama telefon kelas pertengahan lain yang sebaris dengannya.

Apa yang BESAR tu?

Bahagian depan skrin yang besar. Memang puas lah kalau ‘layan’ movie. Berbekalkan skrin LCD 6.59-inci resolusi FullHD+. Cip pemproses bersama kombinasi memori 6GB serta storan 128GB. Sokongan kad MikroSD turut disediakan sehingga 512GB.

Barulah puas untuk korang yang ‘kaki’ Youtube dan Neftlix! Memang ‘besar’ rasa kepuasan tu.

Ketahanan Bateri

Kalau korang jenis suka main telefon, Honor 9X memang sesuai. Dari segi kapasiti bateri pula, ia dikatakan akan menjana sebesar 4,00mAh terdapat di dalamnya, dicas menggunakan port USB-C. Kegunaan seharian tanpa pengecasan menunjukkan besarnya kapasiti bateri ini.

48MP Tiga Lensa Kamera

Kita juga boleh merasai kebesaran dalam peranti ini dengan kebolehan kamera yang baik pada siri HONOR 9X ini. Kali ini HONOR 9X sertakan tetapan tiga kamera khas pada belakang peranti dengan lensa 48MP, 8MP ultra lebar dan 2 Mp kedalaman imej.

Tidak lupa, kamera swafoto dengan lensa kamera pop-naik 16MP dan janaan antaramuka EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

Tidak cukup dengan itu, kamera telefon ini akan mempunyai keupayaan untuk menangkap gambar dengan baik serta disokong dengan teknologi kecerdasan buatan(AI).

Bahkan, ini sekaligus memberi peluang kepada pengguna peranti ini untuk mendapatkan rakaman video serta gambar yang cantik. Seperti AIS Super Night Mode, korang boleh dapatkan rakaman dan gambar sangat jelas walaupun berada dalam kawasan yang kurang pencahayaan. Ia juga dihadirkan dengan pengstabilan video gred pro.

GPU Turbo 3.0

Setiap aspek di dalam permainan video kini lebih luas dengan hadirnya cip Kirin berkuasa tinggi. Jadi, korang tak perlu risau lagi jika menggunakan peranti ini.

Bahkan, HONOR telah menyediakan teknologi pemprosesan grafik GPU Turbo 3.0 yang didatangkan khas oleh syarikat ini. Ia telah menawarkan penjimatan tenaga pemprosesan sebanyak 10% dan hadir bersama EMUI 9.1 yang berasaskan android Pie.

Korang tak perlu ragu-ragu lagi kerana GPU Turbo menyokong lebih 20 jenis game termasuk PUBG, COD serta Role of Survival dan perlbagai lagi.

Kejutan ‘besar’ untuk korang!

HONOR 9X mampu merakam beberapa video yang panjang dengan kapasiti storan yang BESAR.  Paling penting, mampu menampung kapasiti sehingga angka maximum mencecah 70KG.

Ye, pihak HONOR telah jelaskan kapasiti peranti ini sama besar dengan sebuah laptop. Ye lah, HONOR 9X boleh menampung lebih daripada 512GB. Jadi korang boleh masukkan berapa banyak foto, video dan fail ke mana korang pergi.

Selain itu, peranti ini dikeluarkan dengan dua warna yang seksi dan sangat menggoda.

Untuk korang tercari-cari peranti yang memberikan efek ataupun fungsi storan yang besar belaka, HONOR 9X adalah jawapannya.

Memiliki alat canggih seluas storan komputer riba untuk prestasi dan ciri elitnya, termasuklah kapasiti bateri yang besar dan gah, serta kamera dengan kecanggihan AI sangat berpatutan.

Ada berita baik untuk korang!

Mulai 25 November 2019 hingga 5 Januari 2020, korang boleh trade-in dan berjimat lebih RM 350 untuk menukar telefon lama HONOR kepada HONOR 9X. Untuk maklumat alnjut, korang boleh layari laman web HiHonor untuk maklumat lanjut.

Besar bukan?

Tunggu apa lagi? Tak logik kalau korang tunggu lama-lama dan tak grab dengan cepat hanya harga permulaan RM 999 SAHAJA! Untuk maklumat lanjut layari website rasmi HONOR.

Bukan itu saja, korang boleh juga layari laman web aplikasi Lazada dan Shopee untuk pembelian HONOR 9X ini.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang