Siakap Keli
Kredit Foto: Actionnewsjax

Mujur Ada Patung ‘Baby Shark’, Budak Nyaris Terkena Peluru Sesat

Satu peluru sesat nyaris sahaja terkena seorang kanak-kanak di sebuah rumah di Wisconsin namun dia bernasib baik kerana peluru tersebut menembusi anak patung ‘baby shark’ yang dipegang olehnya semasa tidur.

Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu itu menunjukkan kanak-kanak itu sedang tidur sambil memeluk anak patungnya.

Jabatan Polis Madison berkata, mereka menemui beberapa sarung peluru  berdekatan dengan beberapa buah rumah dan kereta. Setakat ini sebanyak 45 sarung peluru ditemui.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu dan polis percaya bahawa tembakan itu disebabkan oleh daripada dua kumpulan yang saling tembak-menembak.

Sumber: WHSV.COM

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra