Siakap Keli
Kredit Foto: today

Terbelit Dengan Rambut Bersepah Atas Lantai, Bayi Nyaris Kehilangan Jari Kaki

Bayi 10 bulan hampir kehilangan jari kakinya selepas mendapati rambut terbelit di beberapa jari kakinya selama 12-14 jam sehingga menyebabkan darah tidak dapat mengalir.

Alex Upton, ibu kepada bayi berkenaan tertanya tanya apakah punca sebenar anaknya menangis tidak henti-henti.

Akhirnya Alex mendapati terdapat sehelai rambut terbelit di kaki bayinya,Ezra selama 12 hingga 14 jam sehingga menyebabkan kaki bayi berkenaan hampir dibuang.

Menurut Alex melihat terdapat sehelai rambut yang terbelit di kaki anaknya itu ketika sedang menyiapkan kanak-kanak tersebut.

Rambut yang terbelit itu menyebabkan kaki Ezra genting dan mengalami kemerah-merahan dan menyebabkan darah tidak dapat mengalir.

Kaki Ezra berpotensi dipotong hanya kerana sehelai rambut yang terbelit di jari kakinya itu. Masalah ini sering dihadapi oleh para ibu yang mempunyai rambut yang panjang.

Alex dan suaminya, Ben mengambil masa selama 15 minit untuk membuang belitan rambut di kaki Ezra itu. Ianya menjadi sedikit sukar kerana rambut tersebut telah genting dan kaki Ezra menjadi merah.

Ezra segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan pulih sepenuhnya.

Sumber: Today.com

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.