Siakap Keli

Terima Wang Dicemari Dakwat? Anda Mungkin Guna Wang Yang Telah Dicuri Dari Mesin ATM

Mungkin ramai yang kecewa jika wang kertas anda tidak diterima oleh mana-mana kedai semasa membeli barangan kerana mempunyai kesan dkawat. Sebaliknya, wang tersebut secara automatik tidak sah digunakan dan tiada nilai.

Untuk pengetahuan anda, melalui kenyataan ini, wang kertas yang mempunyai kesan dakwat di not kertas adalah daripada kecurian daripada ATM.

Pernahkah anda berdepan dengan situasi yang mana not wang kertas anda dicemari dengan dakwat berwarna?

Jika ya, anda mungkin sedang menggunakan wang yang telah dicuri daripada mesin juruwang automatik (ATM).

Semak kembali dompet anda, jika ada beberapa daripadanya mempunyai warna dakwat seperti ini.

 

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)