Siakap Keli
Kredit: Fateh Ahmad

(Video) Buka Pintu Masjid Selamatkan Pelajar AS Bertempiaran Lari Dipercayai Dari Ditembak, Muslimah Ini Jadi Viral

Satu kejadian tembakan telah berlaku di Oshkosh West High School pada Selasa lalu, membuatkan para pelajar terpaksa melarikan diri dan berlindung di sebuah masjid berdekatan.

Seorang pegawai polis yang bertugas di sekolah berkenaan telah menembak seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang menikamnya dalam satu perbalahan di sekolah tersebut Selasa lalu.

Satu rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik di laman sosial telah memaparkan detik cemas kumpulan pelajar melarikan diri meninggalkan perkarangan sekolah.

Dalam video berkenaan, seorang muslimah dilihat menekan kod masuk ke masjid dan membuka pintu sebelum mengajak para pelajar berlindung di dalamnya.

Tindakan muslimah berkenaan telah menyentuh hati warga maya yang berterima kasih atas kepantasannya melindungi para pelajar berkenaan biarpun membahayakan diri sendiri.

Terima kasih lindungi anak-anak kami

Tidak ragu lagi, orang-orang baik ini takkan belakangkan jiran-jiran mereka. Kami berasa rendah hati dengan kebaikan kalian.

Betapa beraninya dia

Dia dedahkan dirinya di tempat terbuka, dengan beraninya mengiringi anak-anak lain ke tempat selamat. Betapa beraninya dia. Tiada anak seharusnya buat begitu (berada dalam situasi itu).

Betapa cepat fikiran gadis berani itu. Dia boleh sahaja kunci pintu untuk keselamatan sendiri tapi dia dedahkan dirinya kepada bahaya.

Masjid kami untuk kebajikan, keselamatan dan perlindungan setiap individu!

Masjid jadi tempat berlindung pelajar, jadi media tak berminat untuk siarkannya.

Sedih lihat mereka larikan diri dari penembak. Dunia ini tidak aman.

Sehari sebelum itu di sekolah lain di Wisconsin, seorang pelajar ditembak pegawai polis dalam usaha menghentikannya daripada mengugut seorang rakan dengan pistol pellet miliknya di Waukesha South High School. Pelajar tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kejadian menembak di sekolah menjadi perdebatan berpanjangan melibatkan orang ramai di Amerika. Ada antara mereka mempersoal peranan guru dan polis bersenjata di sekolah yang bertujuan untuk membendung jenayah tembakan rambang di institut pendidikan di seluruh negara.

Menurut CNN, purata kejadian tembakan di sekolah berlaku setiap minggu sejak awal tahun ini sehingga November. Sebanyak 45 sekolah terlibat dengan kes berkenaan dalam tempoh 46 minggu melibatkan puluhan mangsa yang cedera dan maut.

Malah, terdapat tiga kes tembakan berprofil tinggi berlaku di sekolah-sekolah yang menempatkan pengawal bersenjata sebagai langkah keselamatan.

Sumber: Muslim Marine, Fateh Ahmad, The Guardian, CNN

Amira

Love yourself.