Siakap Keli

“World Number 1” Pelajar UiTM ”Score” Markah Penuh Dalam Ujian Akaun Sukar Dunia

Mengagumkan, Hakeem Mohammad Akmal, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperoleh markah 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transaction dan berjaya mencipta sejarah dunia dengan menduduki tempat pertama dalam subjek tersebut.

Beliau menduduki ujian Certified Accounting Technician (CAT)  yang dikelolakan oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.

Ucapan sekalung tahniah diucapkan kepada Hakeem bin Mohammad Akmal kerana berjaya mencatatkan 100 markah dalam peperiksaan berasaskan komputer (CBE) baru-baru yang lalu bagi kertas FA1 Recording Financial Transaction untuk Semester Julai – Disember 2019.

Pencapaian yang membanggakan itu telah membuatkan beliau berjaya mencipta sejarah dunia dengan berada di tempat pertama bagi subjek berkenaan.

Beliau juga turut menerima ucapan tahniah daripada Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan buat Hakeem bin Mohammad Akmal diatas pencapaian yang cemerlang itu.

Di laman Twitter DPAS @ FACT UiTM juga turut mengalungkan ucapan tahniah di atas kecemerlangannya itu.

Diharapkan kecemerlangan yang dicipta oleh Hakeem bin Mohammad Akmal menjadi pemangkin kepada anak muda lain untuk terus mencipta kejayaan pada masa akan datang.

Sumber: news.uitm.edu.my, DPAS @ FACT UiTM

Siti Natrah Jusof