Siakap Keli

Bapa Sanggup Goncang Anak Gara-Gara ‘Tak Cukup Jantan’

Seorang lelaki didakwa menggoncang bayinya yang berusia lima minggu sehingga tidak sedarkan diri kerana kerap menangis dan mahukan anak itu menjadi lebih ‘jantan’.

Tindakan lelaki itu menyebabkan bayinya mengalami kecederaan teruk pada otak.

Suspek mengaku bersalah di Mahkamah Daerah Victoria bagi satu pertuduhan yang menyebabkan kecederaan serius selepas menggoncang bayi baru lahir di sebuah rumah di Werribee, Melbourne pada bulan Jun 2018.

Bayi itu dikatakan  mengalami pendarahan pada otak, kecederaan pada mata dan tulang belakangnya serta kekejangan.

Hakim mahkamah ketika menjatuhkan hukuman berkata bayi itu bernasib baik tidak terbunuh akibat daripada tindakan keji ayahnya sendiri.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Nur Farra