Siakap Keli

“Dahlah ‘Fake’ Dr. Lepas Tu Buat Service Haram, Suruh Patient HIV Stop Ubat?” – Doktor

Kini, terdapat pelbagai jenis ‘scammer’ yang menjalankan operasi bertujuan menipu orang ramai dan mengambil duit mereka.

Namun, jika seseorang itu menyamar menjadi seorang doktor tanpa kelayakan yang sepatutnya, ia secara tidak langsung membahayakan individu ataupun pesakit.

Seorang doktor telah berkongsi isu doktor palsu yang dikatakan membuat servis secara haram dan menyuruh pesakit HIV berhenti mengambil ubat.

Laman Facebook rasmi Penolong Pegawai Perubatan turut mengeluarkan kenyataan telah menerima aduan warganet berhubung dengan penyalahgunaan gelaran doktor oleh individu tersebut.

Menurut perkongsian berkenaan, nama individu dipercayai menggunakan gelaran doktor tiada dalam database.

Oleh yang demikian, ia memungkinkan individu tersebut menyamar dan telah menyalahgunakan gelaran doktor  dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.

Sumber : Twitter Dr. Nimelesh

Nurul Alia Ali

Nur Farra