Siakap Keli

Gara-Gara Terpaksa Jawab Panggilan Penting, Anak Mati Lemas, Sembilan Jam ‘Dibiarkan’ Dalam Kereta

Seringkali kita dengar kes ibu bapa tertinggal anak didalam kereta sehingga ada yang meragut nyawa anak itu sendiri.

Kejadian sama yang berlaku di China apabila seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dipercayai mati lemas di tempat duduk belakang kereta apabila bapanya ‘tertinggal’ anak itu selama sembilan jam.

Menurut laporan media, kejadian ini berlaku kerana bapa kepada kanak-kanak tersebut terpaksa menjawab panggilan penting semasa menghantar anaknya ke tadika.

Kanak-kanak itu dikatakan sedang tidur di kerusi belakang dalam perjalanan ke Tadika Wanyuan, China.

Hu, iaitu bapa kepada kanak-kanak ini berkata setelah sampai di hadapan pagar sekolah, dia telah mendapat satu panggilan penting.

Tambah Hu lagi, dia terlupa untuk periksa sama ada anaknya itu sudah turun atau tidak. Oleh kerana sudah lewat ke tempat kerja, dia memandu dengan pantas dan meletakkan kereta di tempat letak kenderaan pejabatnya seperti biasa.

“Saya menjawab panggilan telefon dan terlupa hendak periksa dia. Saya langsung tidak perasan hingga isteri telefon dan tanya mana anak kami.”

“Saya temui anak kami selepas  saya periksa di bahagian letak kaki di kerusi belakang”

Anak kecil terus dikejarkan ke hospital namun sebaik sahaja tiba pihak hospital terus mengesahkan kematiannya.

Biasanya pihak sekolah akan menelefon ibu bapa jika terdapat pelajar yang tidak mengahdirkan diri ke sekolah.

Namun, tidak tahu kenapa hari itu pihak tadika tidak menghubungi mereka.

Siasatan awal Biro Pendidikan Heshan beranggapan bahawa Hu mungkin tidak berhenti langsung di tadika anaknya. Mungkin Hu menjawab panggilan semasa dalam perjalanan.

Bagaimanapun, sisasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber : Mirror

Nurul Alia Ali

Nur Farra