Siakap Keli
Kredit: India Today

Mangsa Rogol Dibelasah Dan Dibakar Lima Lelaki, Terpaksa Berjalan Lebih 1 Km Cari Bantuan

Seorang mangsa pemerkosaan sekali lagi melalui mimpi ngeri apabila dibelasah dan dibakar lima lelaki di sebuah perkampungan di Sindupur, India.

Mangsa telah dibelasah, ditikam dan dibakar hidup-hidup sehingga mengakibatkan kecederaan lecur 90 peratus pada badannya Khamis lalu.

Berpantang maut sebelum ajal, wanita itu berjalan sejauh lebih satu kilometer untuk meminta bantuan sebelum menemui seorang penduduk tempatan di luar rumah.

Dia kemudiannya menelefon polis dan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

Menurut India Today, ketika diserang, mangsa sedang berada dalam perjalanan untuk menghadiri sesi pendengaran kes pemerkosaannya pada Mac lalu. Dua suspek kes pemerkosaan berkenaan dilaporkan telah dibebaskan dengan jaminan.

Walaubagaimanapun, dia diserang lima lelaki termasuk dua suspek tersebut pada Khamis lalu sehingga terbakar 90 peratus badannya dan perlu dirawat di unit pembedahan plastik.

Sumber: India Today

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.