Siakap Keli

Penjual Daging China Didakwa Rebus Kucing Untuk Jadikan Baju, Kasut Dan Dompet

Tular di media sosial terhadap dakwaan penyeksaan dan pembunuhan kucing yang kejam di China hanya semata-mata untuk mengambil daging dan bulu haiwan tersebut.

Menurut kumpulan Anti-Fur Society, perkara ini sering berlaku dimana kucing-kucing yang dijumpai dijalanan atau tersesat akan dijual kepada tukang daging.

Haiwan tersebut dikatakan akan ‘direbus’ untuk diambil kulitnya dan kemudian dijadikan kasut, sarung tangan, dompet dan barangan kulit serta aksesori yang lain. Malah terdapat juga yang digantung di kedai-kedai sebagai aksesori.

Malah, perayaan ‘daging anjing’ tahunan  di Bandar Yulin Selatan juga turut menjadi topik yang hangat diperkatakan di negara China.

Amalan memakan daging anjing dilihat sebagai makanan tradisional di beberapa kawasan di selatan China, dimana ia di percayai baik untuk badan dalam cuaca panas.

Kekejaman yang dilakukan oleh pihak ini memberi kesan kepada masyarakat sekeliling. Amalan seperti itu tidak seharusnya menjadi budaya dalam kalangan masyarakat kerana ia dilihat zalim terhadap haiwan tersebut.

Sumber: Today Singapore

Zetty Amelia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.