Siakap Keli

“Tolong Berhenti Curi Topping Roti Ni” – Kedai Roti

Rakaman litar tutup atau CCTV bertujuan untuk mengawasi harta benda atau kawasan disekeliling kita.

Situasi pelik terjadi dirakam di sebuah kedai roti di Singapura dimana kes kecurian yang berlaku itu bukanlah kes kecurian yang tipikal.

Menurut satu kiriman di Facebook POWER 98 Love Songs, kedai roti itu telah meletakkan tanda dan notis “Tolong jangan curi topping roti”.

Berdasarkan notis tersebut, mungkin dapat dilihat kedai itu telah mengalami situasi topping roti dicuri lebih daripada satu kali.

Rata-rata komen warganet mempersoalkan kenapa pencuri itu tidak mencuri seluruh roti tetapi mencuri toppingnya sahaja?

Sumber : Facebook POWER 98 Love Songs

Nurul Alia Ali

Nur Farra