Siakap Keli

(Video) ‘Dua Beranak’ Main Buaian Pukul 3, Berayun Laju Tapi Tiada Kelibat Sesiapa

Satu video yang tersebar di media sosial memaparkan buaian yang didakwa bergerak dengan sendiri di sebuah taman permainan menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 32 saat itu berjaya merakamkan pergerakan buaian tersebut yang didakwa bergerak tanpa ditolak atau dinaiki oleh sesiapa.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama @Nazyzz itu telah mendapat lebih 100 ribu tontonan daripada netizen di Twitter.

Menurutnya, dia ada terdengar beberapa yang menceritakan tentang penampakan kanak-kanak kecil sedang  bermain lari-lari dan mak kepada budak tersebut sedang berjalan mencari anaknya itu.

Berikutan dengan itu, ada juga netizen yang mengaitkan kejadian tersebut dengan tiupan angin yang sebenarnya menggoyangkan buaian itu.

Susulan daripada itu, dia telah memuat naik satu video yang menunjukkan sebenarnya tiupan angin tiada kaitan dengan pergerakan buaian tersebut.

Apa kata anda?

Sumber: @Nazyzz

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.