Siakap Keli

(Video) Kesian Tengok Kaki Kebas, Suami Jadi ‘Bangku’ Tampung Isteri Sarat Mengandung

Umum tahu, wanita mengandung cepat letih akibat perubahan hormon yang berlaku keatas diri mereka terutama di awal kehamilan.

Oleh itu wajar sekiranya kita menghormati mereka dengan memberikan beberapa kelebihan kepada mereka terutama ketika berada di tempat-tempat yang sesak.

Masyarakat yang mempunyai sifat prihatin dalam diri akan mendahului wanita hamil terutama apabila berada di tempat awam.

Terbaru, satu rakaman video pendek yang berdurasi 46 saat tular di laman Twitter SCMPNews  menyaksikan seorang lelaki sanggup duduk bersila untuk menjadikan dirinya kerusi supaya isterinya yang sarat hamil dapat duduk dan berehat.

Wanita tersebut kelihatan keletihan mungkin kerana terlalu lama berdiri dengan membawa perutnya yang sedang sarat.

Walaupun terdapat tempat duduk dikawasan sekitar, namun dapat dilihat orang awam seolah-olah tidak mengendahkan keadaan wanita hamil tersebut.

Suaminya turut menghulurkan wanita itu minuman untuk menghilangkan dahaga.

Lelaki seperti ini yang kita harapkan untuk dijadikan suami. Bukan sahaja ada sewaktu senang, malahan sanggup berkorban apa sahaja disaat kita memerlukan.

Sumber: SCMP News

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.