Siakap Keli

(Video) Penyamun Melambung Di Atas Jalan, Tewas Kemalangan Langgar Kereta Polis Ketika Cuba Lari

Satu video yang tersebar di media sosial menunjukkan kejadian jenayah yang didakwa terjadi di Argentina menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 1 minit 32 saat itu memaparkan 3 orang yang dipercayai penjenayah telah menyamun seorang pejalan kaki di sebuah kawasan yang didakwa berlaku di San Martin.

Penjenayah itu kemudiannya bertindak melarikan diri dengan menaiki motorsikal selepas menyamun pejalan kaki tersebut.

Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta polis mengejar penjenayah yang sedang melarikan diri itu.

Setibanya di suatu persimpangan jalan, sebuah polis yang datang dari sebuah simpang bertindak menghalang jalan yang dilalui penjenayah tersebut.

Penjenayah yang sedang memecut laju akibat daripada dikejar sebuah kereta polis itu telah bertindak melanggar kereta polis yang menghalang jalan itu kerana didakwa gagal untuk mengawal motorsikal yang dinaiki mereka.

Video yang telah menjadi tular sejak dimuat naik pada Rabu itu telah mendapat sebanyak lebih 100 ribu tontonan daripada pengguna media sosial.

Berikut adalah video tersebut:

Sumber: Marco De Nuñez

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.