Siakap Keli
Kredit: Daily Star

(Video) Viral Video Beruang Berdiri, ‘Tepuk’ Bahu Wanita Macam Nak Minta Makanan

Seekor beruang menarik perhatian orang ramai apabila berkelakuan seperti seorang manusia dengan berdiri menggunakan dua kaki belakangnya dan ‘menepuk’ bahu seorang wanita seakan-akan ingin meminta makanan. Kejadian itu didakwa berlaku di Monterrey, Mexico.

Dalam satu video yang tular, kelihatan dua ekor beruang berwarna hitam berkeliaran di lokasi berkenaan berhampiran sekumpulan orang ramai di sana.

Salah seekor daripada haiwan berkenaan dilihat bermundar-mandir di tempat pembuangan sampah manakala seekor lagi beruang mendekati kelompok manusia di situ.

Beruang itu kemudiannya menghampiri seorang wanita dari belakang dan berdiri di atas kakinya. Situasi itu membuatkan beberapa pengunjung lain ketakutan, namun wanita itu tetap tenang.

Haiwan itu seterusnya ‘menepuk’ bahu wanita itu seolah-olah meminta makanan namun diabaikan, membuatkan beruang berkenaan beralih kepada wanita lain.

Ekoran itu, wakil sebuah pusat ekologi menasihatkan orang ramai agar beralih ke lokasi selamat jika bertemu dengan mana-mana haiwan liar.

Sumber: Daily Star

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.