Siakap Keli

Gara-Gara Cakap Bahasa Inggeris, Wanita Dipenggal, Dijamah Otak

Seorang lelaki telah ditangkap kerana disyaki membunuh seorang wanita di Filipina dengan kejam. Wanita itu telah dipenggal dan otaknya dijamah hanya kerana bercakap dalam bahasa Inggeris.

Suspek ditahan di Pulau Mindanao pada Selasa selepas mayat wanita yang tidak dikenali itu ditemui sekitar kawasan rumahnya.

Lelaki itu dipercayai dalam keadaan mabuk dan lapar ketika wanita itu cuba bercakap dengannya pada awal pagi dalam bahasa Inggeris, yang tidak difahaminya.

Mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kedua-dua tangan diikat.

Menurut pihak polis, suspek bertindak memasak nasi kemudian membuang tengkorak mangsa ke sebuah lubang tidak jauh dari rumahnya sebelum memakan otak mangsa.

Pada ketika itu, suspek ternampak mangsa berhampiran sebuah tanah perkuburan dan bertindak memukulnya dengan objek logam sebelum memenggal kepalanya menggunakan alat seperti sabit.

Tambahnya lagi suspek dipercayai mengalami masalah mental berdasarkan kenyataan daripada saksi yang mengenalinya.

Suspek berada dalam tahanan polis dan menunggu kes pembunuhan difailkan terhadapnya. Identiti mangsa juga sedang disiasat.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Nur Farra