Siakap Keli

“Kesian Ayah Balik Kerja Penat-Penat Dapat Video Orang Tuduh,” Anak Pegawai Polis Dituduh Luah Rasa Kesal

Semalam tular di laman media sosial video rakaman seorang anggota polis yang menahan sebuah lori namun dituduh meminta wang ketika menjalankan pemeriksaan di Jalan Pasir Putih-Lahat semalam.

Menurut laporan, pegawai bertugas telah menjalankan prosedur standard dengan meminta kad pengenalan dan lesen memandu namun suspek memberi alasan kedua-dua dokumen tercicir.

‘Drama’ kekecohan tersebut berlarutan sehingga suspek meninggalkan tempat kejadian sebelum berkata “mahu buat laporan polis curi kad pengenalan.”

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut menunjukkan suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau termasuk empat waran tangkap.

Suspek turut ditahan untuk permohonan reman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam.

Dalam pada itu, seorang invidividu di Twitter dipercayai anak kepada pegawai polis terlibat meluahkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku terhadap bapanya.

Kesian ayah balik kerja penat2 dapat video orang tuduh dia mcm mcm.

Kredit: Sinar Harian, Twitter @ftnzlkfl_

Nur Farra