Siakap Keli

“Maafkan Abah Sayang Tak Dapat Uruskan Baby Untuk Kali Terakhir” – Suami Abby Abadi

Setelah bertahan hampir dua bulan bertarung nyawa, anak  pelakon Abby Abadi disahkan telah meninggal dunia malam tadi akibat beberapa komplikasi.

Berita sedih itu dikongsikan di akaun Instagram miliknya yang memaklumkan pemergian anak syurganya itu. “Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami”.

“Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang”

Bagaimanapun Abby serta keluarganya ketika ini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah.

“Maafkan Mama Abah sayang”

“Pak Ngah & Mak teh & Pak Tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4, Lembah Keramat”

Abby Abdi juga berkongsikan video terakhir sebelum mereka meninggalkan bayi syurganya itu untuk menunaikan umrah pada Khamis, 5 Disember yang lalu.

 

Baru hari kedua di Makkah baby D dah tinggalkan kita.

Suami Abby Abadi, Faizal Zakaria atau Jaiezanny turut berkongsikan berita sedih itu pada saat mereka berada di Makkah pada hari kedua.

Hari Ke 2 Abah & Mama di Mekah, Baby D pergi meninggalkan kami

“Allah pinjamkan Baby D sekejap je…Abah & Mana redha setiap apa yang telah Allah tentukan”

Sumber : Abby Abadi, Faizal Zakaria

Zetty Amelia

Nur Farra