Siakap Keli

(Video) Terkejut, YouTuber Berhenti Rakam Video Lepas Pintu Terbuka Sendiri

Siapa yang tidak terkejut jika sedang merakam video sendirian tiba-tiba ada yang datang mengacau?

Begitulah yang terjadi kepada individu ini apabila rakaman seorang Youtuber terhenti sebaik dikatakan diganggu oleh ‘sesuatu’.

Menerusi video tular itu, Daisy Marquez sedang merakam video untuk tontonan pengikutnya namun perkara lain pula yang dirakam.

Daisy yang dilihat sedang menerangkan mengenai produk kecantikan itu tiba berhenti sebaik pintu bilik itu terbuka sendirinya.

Dia yang terkejut terus kehilangan kata-kata sebelum membuka keseluruhan pintu dan memerhatikan keseluruhan ruang luar bilik berkenaan.

Daisy kemudiannya segera menghentikan rakaman video.

Rakaman video itu telah dimuat naik melalui Twitter miliknya dengan kapsyen, “saya tengah merakam sesuatu dan tiba-tiba ini yang terjadi.”

Sumber : Dailystar

Nurul Alia Ali

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.