Siakap Keli
Kredit Foto: thestar

“Aku Bukan Atlet Yang Boleh Dibanggakan”, ‘Koma’ 6 Jam Muka Disepak, Pesilat Negara Buka Mulut Luah Kekecewaan

Baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai kisah pesilat negara yang mengalami kecederaan yang agak serius ketika beraksi di pentas Sukan Sea pada kali ini ketika menentang pesilat tuan rumah.

Faizul Nasir atau nama sebenarnya Muhammad Faizul M Nasir yang terbaring tidak sedarkan diri lebih daripada 3 minit tanpa menerima bantuan perubatan ketika wasit sedang mengira mata yang mencatatkan kemenangan buat peserta tuan rumah tersebut.

Beliau yang terkilan kerana tidak dapat menyumbang emas buat pasukan negara telah memohon maaf kepada semua menerusi akaun facebook miliknya sendiri Faizul Nasir dalam Sukan Sea pada kali ini.

SEDAR SELEPAS MRI TEST

Mohon maaf kerana tidak jadi sebagai penyumbang pingat untuk Sea Games kali ini. Aku bukanlah atlet yang boleh dibanggakan dan juga Team Capten bagus. Siapa tidak kecewa apabila tidak dapat meneruskan perlawanan yang tiba tiba “BLACK OUT”. 6jam guys 6jam tak sedarkan diri. Kalau Team Medical PHI lambat lagi tak tahu laa jadi apa kat aku ni.

Sedar sedar je lepas MRI di Hospital yang ke3. @scheekeong dan DCDM Pn Nurul Huda yang ada pada ketika itu. Mereka uruskan semua dihospital dengan baik termasuk isteri dan MIL diberikan semua kelengkapan kerana sangat jauh dari hotel asal.

Yang lain masih meneruskan perjuangan di tempat pertandingan kerana masih ada Pesilat Malaysia yang berlawan. DCDM ada tanya “is there anything that you want me to help or provide you something?”

“I dont need anything just wanna say sorry because i cant contribute a Medal for our country and support my teammates now”. Maybe she know how i feel and she cried. I am sorry DCDM.

Buat CDM Datuk @megat.zulkarnain.omardin dan En Jefry my mission was failed. Nothing i can do just want to recover faster and support my teammates @zulfajly in the final. Sorry Coach @alutsempoi and Cikgu Mazlan. 

Alhamdulillah the Doctor allowed me to discharge early to watch a NEW SEA GAMES CHAMPION from MALAYSIA.. Please pray for him the only Pesilat  Malaysia going to the final against Indonesia.

Once again thank you to all the DOA and visitors came to the Hospital, i really appreciate it even though in fb or ig. It is important to me.

To Emak Abah and family. Dont worry your son is getting better. @partinisarikinsari and Mak @rosinahjan will taking care of me..See you soon.

I AM SORRY MALAYSIA 

Pray for ZulfazLy PaLy Malaysia

Sumber: Faizul Nasir

Siti Natrah Jusof