Siakap Keli

“Alhamdulillah, Semua Dah Setel”, Kawan Sendiri Liat Bayar Hutang, Mangsa Bawa Kes Ke Mahkamah

Pasti ramai diantara kita yang pernah menjadi si pemberi kepada kawan-kawan yang sedang kesempitan dari segi kewangan.

Atas rasa kasihan dan rasa bertimbang rasa sebagai seorang kawan, duit pun diberi dengan niat untuk menolong.

Namun, lain pula jadinya bila si peminjam itu bertindak tidak membayar hutang yang dipinjam dari kita sebaliknya membelanjakan duit yang ada untuk membeli benda lain.

Walaupun segala cara serta sindiran untuk memiliki balik duit yang dipinjamkan sudah dilakukan, namun hasilnya tetap sama juga.

Pada anda yang kebuntuan, ada seorang pengguna Facebook yang bernama Doc Ensem ini ada berkongsikan tentang caranya mendapatkan kembali pinjaman yang didakwa diberikan kepada rakannya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Alhamdulillah, selesai sesi penghakiman di mahkamah sivil. Buat tuntutan hutang daripada kawan yang liat nak membayar dah lebih setahun. Akhirnya terpaksa guna kuasa undang-undang untuk paksa dia bayar dalam masa 30 hari dari hari ni.

So, kepada kawan-kawan lain yang ada orang berhutang dengan anda tapi liat bayar, anda boleh guna cara ini. Tak perlu lawyer pun.

Just pergi ke Mahkamah Sivil cakap nak buka fail tuntutan kecil, bayar RM20 dan beritahu tuntutan anda kepada siapa, dan fakta pinjaman yang diberi (mesti RM5k ke bawah sahaja yea!)

Mahkamah akan bagi surat panggilan untuk pendengaran depan hakim. Kalau defenden mengaku salah meminjam tapi tak bayar, mahkamah akan bagi arahan untuk bayaran segera dalam masa 30 hari.

Kalau masih tak bayar dalam tempoh itu, plaintif boleh buat tindakan mahkamah semula dan kali ni hukuman lebih berat iaitu defenden kena bayar on the spot atau harta di sita atau waran tangkap dikeluarkan untuk ditahan.

Ni la pengalaman saya hari ni, first time masuk kamar penghakiman. First time tengok hakim, dan lawyer-lawyer bekerja. Tengok muka lawyer kes lain semua stress aje.

Apapun syukur semua sudah selesai. Just tunggu duit dipulangkan sahaja. Amin.

Sumber: Doc Ensem

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.