Siakap Keli

Hanya Pada 12.12, Nova 5T Akan Dijual RM200 Lebih Murah Dari Harga Asal

Kebiasaannya, pengguna akan menjadikan prestasi kamera sebagai salah satu sebab untuk memiliki telefon pintar baru. Apa tidaknya, mungkin mereka ini inginkan keunikan dalam setiap gambar dan video yang diambil. Antara salah satu peranti yang menjadi perhatian ialah Huawei Nova 5T yang menjanjikan persembahan kamera yang sangat menakjubkan.

Peranti yang mendapat pujian melambung ini dikatakan mempunyai prestasi kedudukan tertinggi dan juga kelebihan kamera yang sangat diidam-idamkan oleh kebanyakan orang. Model ini telah diperkenalkan ke pasaran tempatan dengan penuh gilang gemilang pada acara KLFW 2019 dan mendapat perhatian ramai pembeli. Namun, bagi sesiapa yang belum memiliki peranti berprestasi tinggi iniĀ  lagi, inilah masa yang paling sesuai untuk anda bertindak.

Macam tak masuk akal pula, Huawei Nova 5T akan dijual dengan tanda harga kurang RM200 daripada harga asal. Anda boleh mendapatkan harga tersebut bermula pada kempen 12.12 yang bakal menjelang tiba. Apa yang anda perlu lakukan ialah untuk mendapatkan baucer online esklusif yang hanya terdapat di Huawei Online Official Store daripada sekarang dan lakukan pembelian peranti idaman anda itu.

Lima lensa kamera untuk kualiti gambar yang unik

Berbalik kepada prestasi peranti ini, ianya hadir dengan lima lensa kamera berkuasa AI yang sangat mengagumkan. Jika ditoleh pada bahagian belakang, terdapat empat lensa kamera dengan kualiti 48MP + 16MP + 2MP + 2MP. Anda juga tidak perlu risau untuk mengambil gambar pada sudut yang kurang pencahayaan kerana peranti ini didatangkan dengan ciri AIS Super Night Mode. Bukan setakat itu sahaja, peranti ini juga dilengkapi dengan kamera selfie 32MP yang menjanjikan kualiti gambar yang sangat baik.

Prestasi yang sangat cemerlang

Bagi penggemar game pula, peranti ini juga sangat bersesuaian kerana anda pasti berpuas hati dengan persembahannya. Lengkap dengan cip HiSilicon Kirin 980 beserta 8GB RAM dan simpanan dalaman 128GB, sebarang game yang dimainkan sudah confirm tidak akan mengalami masalah atau lag. Ditambah dengan GPU Turbo 3.0, prestasi gaming peranti ini pasti lebih memuaskan dan lebih tahan lama dengan pengurusan 10% yang lebih baik.

Huawei Nova 5T dikuasakan dengan 3750mAH bateri dan didatangkan dengan 22.5W teknologi SuperCharge yang membolehkan bateri dicas sehingga 50% dalam masa 30 minit. Tambahnya lagi, Huawei Nova 5T juga hadir dengan versi yang dipertingkatkan iaitu EMUI 9.1 yang menjanjikan persembahan prestasi yang terbaik.

Hadir dengan tiga pilihan warna yang elegan

Huawei Nova 5T hadir dengan rekaan khas bentuk kaca 3D Holographic dengan tiga jenis pilihan warna berbeza iaitu Crush Blue, Midsummer Purple dan Black. Paling menarik ialah model berwarna ungu yang menampakkan dengan jelas logo terbaru siri Nova. Lengkap dengan paparan skrin seluas 6.25′, peranti ini menjanjikan kepuasan tontonan kepada anda.

Dengan prestasi terbaik peranti ini, tiada lagi alasan yang boleh anda utarakan untuk tidak memilikinya. Dengan potongan harga RM200 daripada harga yang sebenarnya, Huawei Nova 5T sememangnya peranti wajib dimiliki. Dengan pembelian bernilai RM 1,399, Huawei Nova 5T juga akan memberi hadiah percuma berbentuk AP38 SuperCharge Car Charger + Nova gift box + Tripod Freegifts yang bernilai RM285.

Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan baucer RM200 dalam talian dan miliki peranti hebat ini pada 12 Disember ini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Huawei Nova 5T ini dan mendapatkan baucer bernilai RM200, layari pautan ini.


syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa