Siakap Keli

Ini Rupa Khinzir – Monyet Hibrid Pertama Didunia ‘Dilahirkan’ Saintis China

Dua ekor anak khinzir yang mempunyai DNA monyet telah dilahirkan dan ini memperlihatkan kejayaan para saintis di China yang berusaha mengacukkan dua jenis haiwan itu bertujuan untuk kajian pemindahan organ ke tubuh manusia.

Hasil daripada kacukkan yang dilakukan, kedua anak khinzir itu dipercayai mempunyai bahan genetik monyet cynomolgus di dalam jantung, hati, limpa, paru-paru dan kulit.

Para saintis telah mempersenyawakan lebih daripada 4,000 embrio serta menyuntik sel stem monyet ke dalam embrio khinzir yang berusia lima hari sebelum disenyawakan dengan khinzir betina.

Tidak bertahan lama, kedua-dua ekor anak khinzir yang dilahirkan mati seminggu yang lalu dan ia dianggap perkara biasa kerana dalam keadaan tertentu anak khinzir yang tidak dikacukkan juga akan mati.

Walaupun kajian itu dilihat berjaya bagi saintis tersebut namun beberapa pakar saintifik telah memberi amaran terhadap kajian tersebut kerana ia dilihat melanggar etika.

Amaran tersebut tidak menghalang China untuk terus melakukan pelbagai kajian lain termasuk untuk ‘mencipta’ monyet yang mempunyai otak manusia bagi mengembangkan penyelidikan terhadap pelbagai penyakit seperti alzheimer.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra