Siakap Keli
Gambar: Bernama

Penganjur Sukan Sea 2019 Tarik Balik Pingat Emas Gymrama Malaysia

Pihak penganjur Sukan SEA 2019, telah bertindak menarik balik pingat emas yang dimenangi oleh atlet gimrama negara, Izzah Amzan menerusi acara riben yang berlangsung Kompleks Sukan Rizal Memorial.

Izzah Amzan telah berjaya memperoleh pingat emas selepas berkongsi mata dengan seorang lagi atlet gimrama negara iaitu Koi Sie Yan menerusi acara yang sama.

Sungguhpun begitu, berdasarkan  kedudukan pingat terbaru disiarkan di laman web rasmi Sukan Sea 2019 Filipina, Izzah telah diberikan pingat perak.

Susulan daripada itu, Malaysia telah bertindak menghantar surat bantahan rasmi kepada PHISGOC menerusi Chef de Mission kontinjen Malaysia berhubung penarikan semula pingat emas dimenangi gimnas negara itu.

Koi Sie Yan dan Izzah Amzan telah dinobatkan sebagai pemenang pingat emas pada 7 Disember lalu selepas masing-masing berjaya mengumpul 15.200 mata, manakala pingat gangsa pula telah dimenangi oleh atlet Thailand, Nat Kulsanawong dengan mata sebanyak 14.050 dicatatkan.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.