Siakap Keli

Terkini: Rusia Diharamkan Beraksi Dalam Piala Dunia FIFA Dan Olimpik 2020 – Agensi Anti Doping Dunia (WADA)

Rusia telah diharamkan daripada acara sukan antarabangsa utama selama empat tahun selepas didapati bersalah memanipulasi data doping makmal.

Negara itu dijangka akan terlepas dalam saingan Olimpik Tokyo 2022 dan Piala Dunia 2022 FIFA di Qatar selepas dihukum larangan empat tahun daripada semua acara sukan utama oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

WADA memerintahkan Rusia dihukum kerana didakwa telah memanipulasi data makmal selepas skandal doping yang menggegarkan dunia sukan.

Menurut laporan media antarabangsa, Rusia dikatakan telah memalsukan maklumat makmal dan juga memadam maklumat yang dikaitkan dengan ujian doping positif.

Ekoran daripada hukuman ini, pasukan bola sepak Rusia sememangnya tidak dapat memberi cabaran di dalam Piala Dunia 2022 FIFA yang bakal dianjurkan di Qatar beberapa tahun lagi. Walau bagaimanapun, pasukan bola sepak Rusia ditetapkan akan dapat bersaing di Euro 2020.

Pegawai dari negara Rusia telah diberikan tempoh 21 hari untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara untuk sukan, namun sekiranya tidak berjaya berbuat demikian, mereka akan disahkan tidak dapat bersaing dalam Piala Dunia 2022 FIFA serta Sukan Olimpik di Toky0 2020.

Sumber: RTE Sport, Mirror UK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra